Popular

Ahad, 5 Februari 2012

setiap pekerjaan itu ada cabaran

assalamulaikum..

sering kali aku merasakan apa yang aku ada tidak setimpal dengan apa yang aku perlukan. apa yang aku perlukan adalah untuk mengejar cita-cita keluarga. adakah itu penting sebenarnya dalam hidup aku? hati aku sering merasakan apa yang aku ada tidak cukup bermakna iaitu berkenaan dengan masa depan aku. jauh disudut hati aku bukan menentang takdir Tuhan mahupun tidak bersyukur. dengan takdirNya yang membawa aku ke Perlis untuk menuntut ilmu sebagai seorang ahli perniagaan malahan juga sebagai seorang usahawan.kadang-kadang aku merasakan aku tak sepatutnya berada di "track" yang aku pijak ini. kadang-kadang juga aku merasakan orang pandang rendah terhadap jurusan yang aku ambil iaitu perniagaan. tak tahulah sama ada itu hanya perasaan aku sebagai seorang pelajar yang pernah mengambil jurusan biologi yang mungkin mempunyai hati yang bangga mengatakan yang jurusan berkaitan medik, farmasi itu adalah lebih membanggakan sedangkan perniagaan?? semua orang boleh berniaga tanpa perlu menjejakkan kaki ke universiti.

tapi semalam, tah macam mana aku boleh tersedar bahawa sememangnya dari kecil aku suka dua benda ni iaitu jam dan kalkulator. aku juga suka bercakap seorang diri sambil memandangkan kamus bergambar dan di tepi kamus bergambar tu, aku akan tulis harga barang tersebut. kemudian, aku juga berlakon seolah-olah aku sedang melakukan urusan jual beli.. hehe. dan aku juga sedar, semasa di matrik, aku selalu bercerita tentang ASB kepada kawan baikku dan kami telah menanamkan cita-cita yang tak berapa nak serius iaitu untuk memasuki majalah Usahawan. :) sebab pada hakikatnya, plan hidup aku, aku ingin menjadi Pharmacies dan membuka sebuah farmasi. dari situ aku lihat dari sudut positif bahawa apa yang aku inginkan sebernanya bukan di bidang Biologi kot tetapi lebih kepada investment iaitu duit bekerja untuk kita dan bukan kita yang bersungguh-sungguh mencari wang dan kerjaya untuk memiliki apa yang kita mahukan. last-last tak sampai 30 hari, duit kita habis kerana membayar hutang. aku juga tak menafikan, ada sesetengah orang memang minat untuk bekerja. sebagai contoh menjadi guru, seseorang yang mempunyai azam dan cita-cita, suka mendidik, menyampaikan ilmu dengan ikhlas memang suka bekerja dan mereka ini akan berjaya kerana mereka buat apa yang mereka suka. dan mungkin keutamaan mereka bukan pada wang.

apa yang aku maksudkan di sini adalah setiap bidang yang kita ceburi ada cabarannya.
1- cabaran kepada bidang perniagaan
orang luar mungkin akan memandangkan rendah disebabkan semua orang boleh dan mampu membuka bisnes. ini adalah cabaran dari segi sosial dan masyarakat. tapi tak semua orang mampu berjaya ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya mereka tidak tahu bagaimana menguruskan kewangan (especially). sesiapa saja boleh menjual burger, pisang goreng, kuih-muih di kaki lima mahupun di pasar malam. keuntungan yang mereka dapat memang bagus. sekiranya mereka fokus terhadap pasar-pasar yang mereka pergi, keuntungan satu malam boleh mencecah 300. bayangkan 3 kali seminggu dan 12 kali sebulan darab dengan 300, mereka akan memiliki lebih dari 3000. tapi dari segi psikologi dan kebiasaannya, mereka dipandang rendah disebabkan mereka tidak mempunyai kelulusan. oleh itu kebanyakkan mereka tidak pandai menguruskan wang dengan betul. bukan mahu memandang rendah tapi lumrah hidup mereka hanya bergantung dengan apa yang mereka ada dan mereka tidak mempunyai sebarang pelan hidup.

2- cabaran kepada doktor
aku penah terbaca belog dari kawan baikku, dia pernah menyuarakan kerisauan dia yang mana sebagai seorang doktor, mereka perlu sentiasa bersedia. bukan sahaja dari segi mental dan fizikal tetapi juga cabaran dari segi pengetahuan iaitu dengan adanya teknologi yang serba maju, ramai orang dapat mengakses internet untuk mencari info tentang sesuatu penyakit. so bagi seorang doktor, mereka perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang pesakit itu kemungkinan mempunyai lebih maklumat dan ini boleh menyebabkan seseorang pesakit itu mempunyai pelbagai tanda tnya di kepala mereka. dan doktor pulak perlu bersedia, takut-takut doktor pulak yang pengsan! hehe.

3- cabaran sebagai seorang penyanyi
kenapa aku ambik contoh penyanyi sebab bagi aku, penyanyi mahupun pelakon tak perlu la hang nak mengaji tinggi sapai langit. tapi cabaran mereka, mereka perlu mempunyai skill, penampilan, pandai bercakap, berani dan lain-lain. al maklum laa kita semua pun tahu mereka tergolong dalam bidang hiburan. it means, untuk menghiburkan peminat. so dari situ, kita boleh berfikir bahawa untuk menjadi macam mereka ni sangat susah walaupun aku tak penah la jadi macam mereka. nak harapkan muka, tak cantik, nak harapkan suara lagi la hampeh. ada sesetengah artis boleh berjaya. tapi ada artis yang so so tu nak buat macam mana bagi berjaya?? nak pancing peminat dengan bentuk badan?? cabaran jugak tuh..ingat depa tak ketaq ke nak pakai seksi-seksa? hehe.

so akhir kata, aku rasa aku berada di track yang betul dengan apa yang aku minat. walaupun ada segelintir rakan-rakan turut memandang rendah kat aku bahkan macam membuang aku ke tepi pantai. dia dan rakan seorang lagi yang mengambil bidang lebih bagus dan konon-kononya lebih mempunyai masa depan, pergi naik cruise bersama-sama. tsk. tsk. tsk. pedih hatiku tak terhingga tapi aku diam je. padahal dia tak sedar, dia cakap bidang tu ada high demand. gaji 3k. kalau dia hebat, then jual benda tu, satu tuuutttt 100 hingget. hati kecilku terdetik, eleh!! bisnes jugak tuh! poyoss.. atleast dia amik kos tu, aku kos bisnes. ko ada? tak de kan?? tapi malas nak cakap sebab aku paham setiap pekerjaan tu ada cabarannya.tu memang mind set and philosophy aku. aku pun malas nak menyuarakan. walaupun aku yang terasa, dan aku berfikir untuk menyatakan hasrat hatiku yang tak puas hati dengan pendapat kau ni, kang kau akan bagi hujah panjang lebar mengatakan kau lagi bagus dan aku kalah dalam perdebatan tu. nanti hati aku juga yang pedih.. T_T

so tak apa lah... :D
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan