Popular

Khamis, 23 Jun 2011

pliz! eksaited telampau melihat 3D cupcakes..




assalamualaikum





ok. harini saya puasa. asal puasa je tangan ni memang gatal nk search gambar makanan..


then, jumpa 1 blog ni jual cupcakes..


seriously, sambil mengurut-urut dada dan beristighfar..


sambil meleleh air liur eh silap sambil mata ni duk pandang sana sini takot terkantoi tak buat kerja.. lol..HAHA



JOM LAYAN~
AMARAN!!


kepada yang berpuasa : please close this page!!


kepada pesakit jantung : sila tinggalkan wasiat anda terlebih dahulu..kuang3





tema : cars & camera



birthday cake..



alolo.. chomenya..ni untuk majlis aqiqah & cukur jambul..


*agaknya lah!!*






tema : kereta eksiden


*???* cupcakes bertunang..HAHA







tema : cosmetics




HAHA.. aku je yg telebih eksaited..saja nak share eksaited telampau dengan korg..MUAHAHA~


tapi memang nak menangis tengok cupcakes ni.. T_T

actly banyak lagi design cupckes/cakes kat blog tuh..


malas nak tengok lama-lama.. kang batal puasa.. kehkehkeh


kalau korang nak tengok yang lebih chantek...


sila


klik sini:




















Rabu, 22 Jun 2011

mengimbau sejarah Mona Fendi

assalamualaikum :)




semalam lepas balik dari kerja, saya baca surat khabar sinar. dalam akhbar tersebut ada bercerita tentang kes Mona Fendi..actly, saya tak berapa tahu kisah Mona Fendi ni..
dan saya pasti ada di kalangan rakan-rakan semua ada yang tak tahu langsung apa cerita di sebalik nama Mona Fendi nih memandangkan zaman dia punya kes ni malatop, kita smua masih budak hingusan..
atas dasar minat ingin tahu, saya pun search kat Google..
baca artikel dia ni kat ofis pun boleh meremang jek..

SEBAB??



dia ni sentiasa tersenyum







    ceritanya ala-ala seram



    terbayang dia datang balik sebab dia kan bomoh..wawa



    penah terdengar dia ni penah duduk sementara ke sewa ke pe tah kat jalan umah aku!!



    aku sentiasa meremang bila baca kes dia



kalau nak tau pasal dia, saya tak nak cte..



tapi korg boleh la refer kat blog2 ni

SEMOGA BERTABAH!!
klik sini :Mona Fandey
kisah Mona Fendi
kes Mona Fendi

Jumaat, 17 Jun 2011

bestnya dapat kahwin cm ni..kahkahkah~

assalamualaikum ;D

HAHA.. cm ni la gayo den, tak dok koje..
usha2 blog beautifulnara
tengok2 baju kahwin artis..
PERGH~ PERGH~ PERGH~




jom layan~




suka baju simple macam ni.. muehehe..



baju bertunang
aida gadis melayu
baju perkahwinan
aida gadis melayu


baju elyana



admire sangat dengan baju shera aiyob nih..
simple, nice n elegance



SWEEEEEETTNYERRR~pelamin dia pun chantek!!






diana rafar n zamarul hisyamsweet couple




aida gadis melayu lagi.. HAHA




simple je baju dia ni..
isteri Datuk Sani





HAHA.. banyaknya flowers!!best woh kawin dikelilingi bunga..
nak jugaakkk....!!





motif : admire kot dengan pelamin ayu raudhah..





tak suka baju kembang-kembang mcm ayu raudhah..
cuma suka pelamin sangkar dia..
lebih suka baju si rozita che wan.. hahahak~




DAMN!!! FLOWERRRRRSSS~!!!



WOAHHHH~!!!nak menangis aku tengok tangga si Marion neh!! T__T






wawa~ bestnya la kalau dapat shoot cm ni.. X__X






macam ni pun shuweeet gak..
@_@




SEKIAN..





























































Isnin, 13 Jun 2011

PART 2 !! dah aku ni memang bukan anak org berada nak buat cm ne ;D

kalau aku kata.. aku nak.. aku nak laaa.. paham tak!! eh.. eh.. pe kes nak marah-marah ni.. HAHA. haisshh!! kalau la korg nak tahu la kan.. actly, saya tengah dilanda penyakit.. addict tau tak?



menurut perjanjian keluarga seksyen 001 yang dicipta oleh diriku ini.. hehe. saya di kehendaki mendapatkan pointer > 3.5 dan akan dianugerahi hadiah berupa jam tangan yea.. tapi bukan cap ayam punya tau... *pehh gle kerek sial* wkaka



dengan ini dukacita dimaklumkan, sem 4 ini pointer saya jatuh ibarat jatuh ditimpa tangga tapi sakitnya tidak seperti bayi yg kau campakkan dari tingkat 5.. DAMN!! pun begitu, sem 3 yg lepas, ayah saya ni demand.. dia selamba badak tukar perjanjian iaitu kena dapatkan pointer 3.71..tapi saya dapat 3.7.. satu nya tetinggal kat paper mn tah haihh!!








oleh yg demikian, memandangkan sem 4 ni pointer saya <3.5.. huhu. dan saya ni yang konon2nya WATCH LOVER , plus, lahir dari golongan anak yang bukan berada, terpaksa lah bekerja keras..antaranya termasuklah :







MENABUNG!! sem 4 aritu, tiap-tiap hari saya terpaksa mengikat perut untuk menyimpan duit syiling 50sen bulat..







KERJA PART TIME!! cuti2 ni nak tambah income kena la tolong abang saya marking paper..paper ape tu rahsia laa.. boleh je paper budak tadika ke hape ke kan??






MEMINTA SEDEKAH!!! eh eh.. saya taklah meminta sedekah kat tepi jalan tuh..ada orang bagi saya duit RM 100.. then, kadang2 parent suruh beli pape, ada baki duit tu dorg bagi ler.. kuang3



then, time tgh praktikal ni, ayah bagi duit belanja seminggu RM50 utk makan sahaja..tapi lunch pun berapa hingget sangat la kan.. hehe..kadang2 tak guna pun, juz guna duit saki baki yang dorg bagi..pastu minggu lepas, saya pegi recycle center lagi.. dapat la dalam RM30.. hehe.






so kat situ kita dah boleh saving kan?? then, breakfast pun hari2 bw bekal..al maklum la, tak mampu beli breakfast sbb nak berjimat beli jam.. wuwu.
buat masa sekarang, elaun praktikal tak dapat lagi..



so hasil saving 50 sen, marking paper, sedekah jariah daripada family, duit recycle, saki baki duit tah pape.. adalah dalam RM 500..



sebab bukan anak orang berada, terpaksalah bertungkus lumus simpan duit..kena bekerja keras.. kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang..





jam DKNY RM689..



*manalah ayah aku x kasi.. monthly payment neo pun murah skit..wkaka*





jam GUESS RM500++

MORAL OF THE STORY
kadang2 parent kita bukan sengaja nak demand suruh naikkan pointer, tapi dia nak bagi kau semangat.. kadang2 kau pun hampakan dia gak kan.. same goes to them, maybe dorg tak dapat tunaikan apa yang kau hajat kan atas alasan tertentu..

kadang2 kita beli sesuatu dengan duit sendiri lebih seronok kot sebab kau dapat rasa kesusahan macam mana peritnya nak cari duit, nk cari job n etc kan?? then benda tu akan bagi kau kepuasan yang mana kau beli benda mahal tu dengan duit sendiri.. time tu takde sapa boleh halang kan sebab tu duit yang kau simpan diam2..kahkahkah~

moral yang lain......






LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

Jumaat, 10 Jun 2011

OMG!! my second love

OMG!!! my second love...zaman muda2 dulu mesti korg penah bercinta..korg mesti ada rasa yang dia tu paling korg sayang lagi2 yg gle bapak susah nak tackle kan?? but,if u all couples for many years pun tapi if Allah tentukan korg bukan jodoh dengan dia nak wat cm ne kan?? maybe ayat saya sangat cliche tp tu lah yg patut kita pegang sbb kita tak tau apa sebenarnya yang tertulis dan tersirat.. sumtimes, kita akan jumpa si A n syg nak mampos sampai dengan megah korg kte, ktorang kapel dh lme ah.. 10 thn beb!! takde sape boleh pisah kan kitorang. kitorang nak sehidup semati.. tau2 esok lusa, si A eksiden.. btul lah apa korg kata, SEhidup SEmati, SE tu means sorang kan?? sorg hidup sorg mati ah. so mmg takleh nak kata apa dah.. ada jugak orang baru kenal 10 hari, terus kawin.. ape kessss???


then,dipendekkan cerita...tengok2 korg jumpa laa korg punya 2nd luv yang mana korg baru sedar eh yang ni mcm best je.. cm ok je.. tanpa perlu bermegah-megah mcm kes korg yg 1st tadik.. mungkin disebabkan korg buka hati korg secara relax n accept it smoothly..

same goes to me, dulu, time mula2 jumpa tak eksaited pun, kwn2 saya je yg eksaited neh.. last2 bila saya try dekatkan diri, saya suka sangat!! sebab dia macam menyentuh hati jek..slow n steady jek..kira dia datang dalam diri saya dengan cara yang smooth ahh..mmg suka yg tu jek..tak ingat yg lain dahh..

tapi..tapi..!!! baru2 ni saya saja la nak try dekatkan diri dengan yg agak "rancak" n fokus dengan apa yg dia cuba sampaikan..so sekarang ni wa nk gebang ah dengan tak malunya.. dia la 2nd luv wa which is........










%$@#!!eh silap2, maklum la bz buat projek bengkung!!









ini la dia my 2nd luv which lagu Berjalan Tanpa Henti..
1st luv dulu lagu Bersama (siap nangis2 dalam keta teringat sumbody..hmm )




suka lagu Berjalan Tanpa Henti ni agaknya sebab pointer jatuh kot.walah!!

here, da lyrics of Berjalan Tanpa Henti



Bagaikan jauh jalan yang kutempuh Langkah demi langkah akan kugagah Hari demi hari berjalan tanpa henti Yakinku ada sinar menanti Bila dah bertemu arah yakin penuh pasrah PadaNYA yang kuasa dikau berserah Jika kau rebah jika kau kalah Bersaksilah rahmatNYA akan terserlah Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa Malang yang menimpa duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan jangan berputus asa Dari rahmatNYa yang maha esa Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia






p/s : pointer saya jatuh.. tak dapat jam.. ada sape2 nak belanja tak??



































Ahad, 27 Februari 2011

dah aku ni memang bukan anak orang berada kan nak buat cm ne...

hi peeps.. :)
lama sangat dh tak update blog. rasa macam segan silu je nak menaip. *blushing*
entry kali ni nak cte sikit pasal semester break aritu.
sori ah saya ni memang suka cte benda dah basi.huhu.


time cuti slalu apa je yang korang buat kat umah?
mesti bangun lambat sbb nak topup tdo an?
mesti window shopping or tengok movie kt cinema rite?
tak pun mata tu duk lekat je kat tv an?
or lepak2 dengan kawan setaman, sesekolah n sematrik n etc..


ada pun mungkin most of u mesti wat apa yg korang tak dapat wat kat hostel.
same goes to me but maybe a bit different from u all.


my journal
1st day :
6.50 am dh gerak g hospital
8.00 am g bekfes
9.00 am balik n lepak2
10.30 am ajar anak buah membaca
11.00 am lepak2
12.15 pm tunggu bas
1.00 pm lepak2
2.30 pm pegi hantar ayah urut
4.00 pm singgah umah atok
5.00 pm balik
malam tdo. zzzzzzz.


2nd day :
6.50 am bangun
7.20 am pegi pasar kat kampung
8.40 am balik umah
9.30 am sidai kain
10.00 am pegi bank in duit
10.30 am potong sayur n sidai kain lagi
11.15 am relax2 sambil jg uqail n sidai kain lagi dan lagi
12.00 pm mop lantai lua sebab minyak tumpah n kemas store. angkat pintu.pehh berat siot!
1.15 pm pening2 call RHB Bank.haha
2.30 pm tdo
6.oo pm family gathering
9.00 pm mandi
11.oo pm tdo.zzz..

ini antara hari2 yang bz n paling kritikal dgn pelbagai urusan.huhu.
maklum la, bukan anak orang berada, nak buat cm ne.. :p
semua keje kena buat bersama-sama.


apa yang penting??



KERJASAMA!!

sumtimes kan, saya rasa mcm malas gle nak balik. sebab balik cuti mcm tak cuti. adeh!!
siyes, bosan gle duk umah. dah la duk hostel ni bosan, ble balik umah asyik kena wat keje je tak abes-abes.siap macam dh jadi rutin, asal saya balik cuti je, memang tugasan tu wajib dilaksanakan. so yang lain boleh rehat-rehat. abes tu sy ni tak rehat ke? days y la kat hostel ni saya tak pegi mana-mana n malas nak involve apa-apa.huhu.
pastu balik umah memang tak sempat nak hang out dengan member-member. gle bosan kan hidup saya??
tapi ble tak balik rasa boring gle duk sini.
tapi takkan sebab kena wat keje mcm-mcm kat umah kita tak nak balik kan.
nak tak nak juz enjoy la dengan apa yang kita buat.
bila lagi la kita nak bejasa dengan mak ayah kita kan?



so selalu nya, aktiviti wajib sebagai anak kepada keluarga yang tak berada ni adalah :
kena cuci porch a.k.a. tempat letak keta.
perghhh~!!! mau menangis wa der kena berus lantai ni.
dah la mencangkung, nak gosok2 ag. bapak luas gle.
sakit pinggang der.
org2 yang penah cuci lantai besar ni je tau betapa nak nangisnya wat keje nih.
porch ni seluas 6 keta bole msuk.
antaranya keta kancil, kelisa, kembara, gen2 n honda jazz..
*seksa woh* hahaha.


ni big boss yang menyediakan jadual keje-keje saya.
hari ni nak g bank mana. esk g bank mana. lusa nak g tesco.
esok punya lusa nak g sana sini. adeh!

time cuti aritu kena jaga budak kechik ni..



budak ini nama dia Uqail Hani
boboy ok!
manja tanpa lasak.
kena jaga sebab dia kena chick chop eh silap tapi chick pox! X__X


haha. uqail oh uqail!




ha ni apa dia?
satu benda yang paling paling tersangat tak suka kena pegi tempat...
RECYCLE!!!




tak suka sebab baunya busuk nak amaaattttttttt!!
pastu tempatnya jijik nak mampos.
tapi nak taknak saya kena redah jugak demi mencari sesuap nasi. sobsobs!


cuba tengok tempat ni..
eyucckkkss! nak taknak saya kena turun jugak.wuwu.
kadang-kadang rasa takut.
kot2 la klua ular ke tikus ke.. wawa.
busuknya tempat ni takleh nak cakap ah.
klau korang lalu sebelah lori sampah pun tak tahan kan.
apa tah lagi time ni ada 3 buah lori sampah n macam-macam sampah dah ada. T__T
mau menangis den!! tapi nak buat cm ne, dh bukan anak orang kaya kan.
kena la kumpul botol, plastik, tin, surat khabar n mcm2 lagi utk di jual. X__X


ni lantai tempat recycle tuh.
kesian woh kasut crocodile yang wa beli 2nd hand dr kakak wa.
tak mampu nak beli 1st hand la katakan. :p
*pdhal malas nak kelua g beli. takde masa. cilok je sudeh!! haha.*
pastu yang tak suka pegi tempat ni.
ada anjing. anjing dia lagi besar kot dari betis wa der.
last-last ayah jela yang g amik duit.
dalam hati risau.
dahla ayah kena strok, jalan senget-senget.
kerek lak tak mau bawa tongkat.
dengan lantainya licin n likat.
haihh~ harap-harap la tak jatuh atas anjing!! dush! dush! dush!


tengok-tengok dapat dalam tiga ploh nam hingget je.adeh!
macam ni nasib orang-orang yang tak mampu an..
tapi it's ok it's orite..
duit ni bole je buat makan kat secret recipe kot
makan chick chop cheese n air choc plus tax baru dlm tiga ploh hingget je.
siap ada baki lagi. haha


pastu abang saya ada la bagi kat saya sebungkus pampers drypers!!
saya pelik ?????????
pk sepantas kilat!!
mesti ada sumthng ni!!
grab........~!!!!!!!!


RUPA-RUPANYA............






amik kau!!
cash!! $$$$$$$$$$$
haha. kami ni bukan orang berada.
nak pegi bank pun tak guna brief case. tak mampu nak beli.
jadi guna plastik pampers jela nak jalan kan urus niaga investment tanah!!


MORAL OF DA STORY:
tak semua orang yang kita nampak kaya tu adalah orang kaya.
nak jadi kaya kena lah bersusah-susah dulu.
jangan pandang hina kat pakcik2 or makcik2 yang keje cikai je.
pdhal bnda ni la yang mampu menambah pendapatan
contohnya mcm cte sy ni.
duk hostel 2 bulan, parent kat umah kumpul segala bagai barang recycle.
saya balik tinggal tolong ikat, angkat n angkut ke tempat busuk selama 30 minit.
tak mati pun! hidup je lagi ni ha..
dapat dlm RM30-50.
duit tu siap bole makan Secret Recipe kot.
tak payah nak duk kira bajet dah. haha.
lagi pun kita tak tau nasib kita ni mcm mana kan.
bila kita dah biasa hidup senang, kita takkan appreciate pun dengan apa yang kita ada kan?
sekian!! kisah hidup anak orang bukan berada! :)